| Vitalea Shaklee Vs Obimin |
Perbezaan yang paling ketara ialah semestinya kebanyakan Obimin untuk ibu hamil yang berada di pasaran adalah vitamin sintetik!
Dari jauh dah boleh nampak silica gel nya.
Manakala Vita-Lea Iron Formula (MultiVitamin dan
MultiMineral) ialah vitamin
semulajadi, yang lebih baik dan berkualiti untuk badan, dan pastinya tidak
perlukan silica gel untuk memelihara keasliannya!
Ada beza ker vitamin sintetik dan semulajadi?
Pastilah ada.
Seperti susu ibu dan susu formula, walau apa jua teknologi terkini yang cuba di
aplikasikan untuk menambahbaikkan kualiti sesuatu susu formula tersebut,
pastinya tidak sesekali akan dapat melawan kualiti ulung susu ibu!
Jadi, apakah bezanya vitamin sintetik dan vitamin semulajadi ini?
Kerapkali saya diajukan
soalan oleh ibu hamil,
"Saya dah ada
Obimin nie, tapi Hb saya low laaa, boleh ker makan Obimin
sekali dengan Shaklee Vita-Lea? Sayang laa nak buang..."
Pertama sekali wahai ibu-ibu,
info yang anda wajib tahu ialah, Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah sejenis MultiVitamin
& MultiMineral yang mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian. Jadi, sekiranya anda memilih untuk
mengambil Vita-Lea sepanjang kehamilan, tak perlulah untuk ambil Obimin lagi
(dan vice versa), kerana Obimin juga sejenis multivitamin.
Dikhuatiri overdose pula!
Keduanya, tips penting wahai
Mama, setiap kali anda menerima apa jua suplemen yang diberikan oleh
doktor anda, amalkanlah untuk membaca label pada botol vitamin tersebut. Cuba anda
bandingkan unit vitamin-vitamin pada setiap tablet multivitamin itu dengan
unit RDA(Recommended Dietary Allowance) yang dicadangkan untuk
ibu mengandung.
Biasanya ramai yang
rujuk dengan US RDA (U.S. recommended daily allowance). Contohnya,
laman americanpregnancy.org ini.
Ketiga, sebaik-baiknya
pilihlah multivitamin yang semulajadi, kerana multivitamin ini bukan sahaja
untuk ibu, malah untuk bayi di dalam kandungan juga. Vitamin semulajadi lebih
selamat, dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.
Kelebihan
memilih Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah, sebagai vitamin semulajadi,
ianya tiada pewarna, perisa, mahupun pengawet tambahan. Vitamin asli nie bila
kita genggam selama beberapa minit, ia takkan melekit dan meninggalkan warna di
tangan kita. Cubalah!
Saya
memilih untuk menggunakan produk Shaklee sepenuhnya
untuk kandungan ketiga ini, dan saya juga telah maklumkannya kepada gynae.
Beliau
menghormati keputusan saya, dan telah mark"Supplement: Own-Shaklee" di dalam rekod pregnancy saya.
Maka, dengan rasminya saya tidak dibekalkan sebarang suplemen (baik Obimin,
mahupun Neurogain)
dari gynae untuk sepanjang kehamilan ini.
Samoga ianya keputusan
yang terbaik, Insya Allah.
Walaubagaimanapun, jika
anda masih ragu-ragu untuk memilih multivitamin yang mana, saya amat
menggalakkan anda untuk mendapatkan konsultasi sewajarnya
daripada gynae anda, ya.
Credit to :genkimomma
*
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah
sebarang jenis penyakit.
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set
mana yang paling sesuai untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang
betul apabila anda membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee
independent distributor anda.
Hubungi saya:
Emy Roshaida
♥
Email : dijadikanindah@gmail.com
♥ SMS/WhatsApp :
017-736 7983
♥
Fanpage : Dijadikanindah Health Corner