Keistimewaan Susu Ibu Kepada Bayi
Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud,
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun
genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu",
Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik
akan susu buatan dari lembu, walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk
menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tapi susu sintetik ini tidak
dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.
Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik
semenjak ianya dilahirkan lagi.
Begitu Agung nya Allah, sebaik
bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga
bermula..SubhanaAllah.Susu ibu mengandungi khasiat yang diperlukan
sebaik bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali
sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta
sel darah putih yang tinggi.
KOLOSTRUM mampu melawan penyakit
dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di
awal waktu kelahiran.
Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria,
tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa
dengar dalam iklan tin-tin susu), kandungan DHA dan AA dalam susu ibu
adalah yang terbaik berbanding susu buatan.
Faedah Penyusuan Bayi
1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar
kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung,
sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini
dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa
seperti sembelit, lelah dan ekzema
2.Susu ibu tersedia
bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang
kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu,
susu ini tidak akan basi
3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi
dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding
mereka yang meminum susu lembu
4.Mencegah dari penyakit rabun malam
5.Mencegah bayi dari mendapat alahan
6.Menggelakkan taun
7.Menggelakkan jangkitan telinga
8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang
berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat
dalam susu tiruan
Ketahui keistimewaan dan kelebihan susu ibu.
Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan
lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar
berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung
dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta.
Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut
kepada keadaan asal.
Di dalam usus bayi
yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai
mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk
kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu
boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan
oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman.
Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap
ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit.
Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis
penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada
makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan
virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung
daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah
pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak
lagi.
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda
akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi
tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah
pendarahan dapat dielakkan.
Berita baik
untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat
mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu
baik untuk anda!
- Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian
klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan
endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan
bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila
anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan
akibat endometriosis.
- Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.
- Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi.
Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang
dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan
bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda
digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan
membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan
vaksin yang diterima.
Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.
Untuk entri seterusnya saya akan berkongsi berkaitan:
RISIKO YANG MUNGKIN DIHADAPI BAYI TIDAK DIBERI SUSU IBU
No comments:
Post a Comment