Saturday, 30 March 2013

Atasi Masalah Keputihan Dengan Shaklee Alfalfa

Masalah Keputihan???  Jangan Anggap Remeh!!!



Adakah anda mengalami masalah berikut :
  • Kegatalan pada kemaluan?
  • Selalu keluar cecair yang berwarna putih dan kekuningan disertai dengan bau?
  • Ketidakselesaan apabila “bersama” suami?
  • Terpaksa memakai ‘panty-liner’ tiap-tiap hari?


Jangan Anggap Remeh



Ramai wanita menganggap keputihan itu adalah gejala yang normal dan akan sembuh dengan sendirinya. Anda silap! Keputihan adalah lebih jauh daripada itu...

Tahukah anda bahawa keputihan terjadi disebabkan antara 2 sebab ini. Iaitu jangkitan bakteria seperti Bacteria Vaginosis ataupun kulat seperti Trichomoniasis dan Candida Albican.

Gambar Diatas Menunjukkan Contoh Faraj yang dijangkiti kulat


Jika rawatan kulat ini tidak dirawat, maka kesannya akan menjadi bertambah teruk. Kulat ini mampu merebak keseluruh tubuh anda dan seterusnya jangkitan ini boleh menyerang organ-organ penting dalam badan anda.





Jangkitan bakteria atau kulat ini juga mampu merebak ke pasangan kita. Hasilnya organ seksual lelaki juga akan mengalami kegatalan, kemerahan, kesakitan dan juga kulit melecet.

Rajah diatas menunjukan bagaimana bakteria dan kulat merebak kedalam saluran faraj.


Vitamin Shaklee dapat membantu?

Apa kata yang dah cuba Shaklee Feminine Set (Set F)?




Apa kata Dilla? 



1) Semenjak mama mengamalkan alfalfa, masalah keputihan mmg kurang. Ini kerana..terus terang mama cerita..baba sangat2 memuji selepas mama mengamalkannya. Hubungan kami juga menjadi lebih mesra. Bila baba dah puji, mama seronoklah..heheeee. Mama terasa diri mama begitu bersih, lagi satu nak solat pun senang..tidak perlu risau!


2) Mama mengalami masalah sembelit dari sekolah lagi. Mama masih ingat, arwah opah Qaireen selalu cakap macam ni kalau mama dalam toilet "Dilla ko ni berak tahi batu ke?" tapi itulah kenyataannya. Bayangkan senjak dari dulu mama "terseksa" setiap kali nak membuang. Kadang2 tu sampai berdarah! Seminggu tak lebih dari 3 kali membuang. Tapi sekarang Alahmdulillah seminggu 4 ke 6 kali membuang, dan yang paling penting tiada lagi darah yang keluar.


3) Mama juga salah seorang yang mempunyai penyakit eczema. Mama mmg tidak boleh duduk di tempat2 yang kotor, ada rumput, berhabuk, berpasir dan banyak lagi. Malah cadar tilam mama pun, mama akan ganti setiap minggu. Tapi sekarang, Alhamdulillah..seronok sangat bila mama join SGM, sebab waktu SGM kami duduk di tikar yang dibentang atas rumput. Masalah bintik2 dan gatal2 mmg tiada.



Apa Khasiat Alfalfa?





Oh ya, bila kita sebut je Alfalfa secara automatik ramai yang beranggapan ia vitamin untuk membantu menggalakkan pengeluaran susuibu semata-mata. Namun hakikatnya, ia bukan hanya untuk menambahkan susu sahaja,  malah lelaki pun boleh mengambilnya. Ia juga membantu sistem penghadaman badan. Suami saya sukakan alfalfa , katanya setiap hari mesti  "membuang" . 





Antara 1001 fungsi ialah :

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitam dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19. Membuang angin dalam badan
20. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…





AMARAN: Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE.

Jadi, siapa kata orang lelaki tak boleh makan Alfalfa? Bagi kaum adam, janganlah bimbang. Alfalfa juga bagus untuk kesihatan anda. Namun, sekiranya anda mengamalkan Alfalfa, anda perlulah minum banyak air kosong (plain water) yer...


Untuk kaum hawa, kami ada Feminine Set untuk anda.



Bagaimana DUA suplemen ni berfungsi untuk kita?

- Anti oksida, anti penuaan, menyokong dan mempercepat pembaik pulihan otot & baik untuk jantung, dan ada yang menggelarkannya sebagai sex vitamin!





- Baik untuk kesihatan dalaman wanita, berfungsi seperti Kacip Fatimah (perapat!), membantu melancarkan kitaran haid, dan banyak lagi kebaikan Alfalfa (seperti dinyatakan di atas).






Beberapa orang teman yang mencuba supplements ini telah mendapat hasilnya. Lebih gembira apabila mendapat pujian dari suami sendiri, "bagaikan baru berkahwin". Alhamdulillah. 






* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian  dari saya sebagai Shaklee independent distributor anda.

Sunday, 17 March 2013

Perbezaan ESP Dengan Produk Soya Yang Lain

Energizing Soy Protein : Perbezaan Shaklee

Untuk pengetahuan anda, Shaklee merupakan syarikat pertama yang 
mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, 
pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. 
di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee 
telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan 
kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein ini diktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian 
klinikal yang sangat intensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin 
yang tinggi yang pernah dihasilkan. 

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi : non-GMO’ 
(Non-Gebetecally Modified Organism) yang mana  ia diproses pada 
kadar suhu yang rendah. 

Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan 
daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber 
tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran 
yang menjamin penyediaan asid amino yang penting yang tidak 
dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. 

Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muuda. 
Manakala, kandungan Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, 
menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing  manis.




Apakah indeks glisemik??

Index glisemik:
Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan 
yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah.

 
Siapa yg memerlukan index glisemik yg rendah?
1. pesakit diabetes
2. mereka yang ingin berdiet.
3. mereka yang mempunyai tahap kolestrol tinggi

 
 Manfaat indeks glisemik rendah:

1. Mencegah dan mengawal diabetes. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition (Juli 2002) menyimpulkan bahwa makanan ber-indeks glikemik tinggi meningkatkan risiko terkena diabetes type

2. Mencegah kanser. Artikel lain dalam jurnal yang sama menyebutkan adanya korelasi antara makanan tinggi indeks glikemik dengan kenaikan risiko kanser kolorektal, kanser payudara dan mungkin juga kanser ovarium dan prostat. Dr Atkins dalam New Diet Revolution menyebut hubungan antara kanser dengan indeks glikemik yang didasari oleh fakta bahwa sel kanser “mendapatkan makanan dari gula.” Buku itu juga menyebutkan bahwa penderita kanser payudara lebih mungkin untuk selamat dan kurang mengalami kekambuhan jika tingkat insulin tubuh mereka lebih rendah.

3. Penyakit jantung. Risiko penyakit jantung meningkat selari dengan jumlah kolesterol tubuh Anda. American Journal of Clinical Nutrition juga melaporkan bahwa diet rendah indeks glikemik mengurangi kolesterol jahat dan trigliserida dalam waktu satu bulan.

6. Menurunkan obesitis. Makanan dengan indeks glikemik rendah menciptakan rasa kenyang yang lebih besar dan bertahan lebih lama. (sebab itu makan ESP semasa perut kosong menyebabkan kita akan rasa kenyang yang berpanjangan)

 


Bagi yang ingin mencuba ESP, pilih salah satu cara yang mudah untuk anda

1) sms/whatapps ke 017-736 7983 (EMY)
2) PM admin: www.facebook.com/dijadikanindahhealthcorner
3) Email: dijadikanindah@gmail.com

Thursday, 7 March 2013

Caratomax Untuk Mata Sihat

Persatuan Jantung Amerika (American Cancer Society), Institut Penyelidikan Kanser Dunia, dan World Health Organization’s International Agency dan kebanyakkan pakar kesihatan mengesyorkan pengambilan beta-karotena dan lain-lain antioksidan daripada makanan semulajadi dan bukannya tambahan (sintetik- boleh diproses dalam makmal) menawarkan manfaat kesihatan kepada manusia.


Hasil kajian para saintis yang menemui beta-carotene pada tahun 1932 mendapati, pengambilan beta-karotena lebih selamat daripada pengambilan Vitamin A. Pengambilan Vitamin A secara berlebihan boleh memudaratkan tubuh kerana akan meyebabkan toksik kepada tubuh.




KEBAIKAN BETA-CAROTENA



Beta-karotena merupakan karatonoid semulajadi yang diperolehi dalam pigmen oren-merah sayuran dan buah-buahan. Pada tahun 1932, selain beta-karotena, saintis turut menemui alfa-karotena, gamma-karotena, dan beta-cryptoxanthin dalam caratenoid semulajadi pada buah-buahan dan sayuran. Unsur-unsur karatenoid ini apabila dimakan akan ditukarkan kepada vitamin A oleh tubuh yang dapat memelihara penglihatan yang baik, paru-paru, kulit dan tulang yang sihat, mempertingkatkan sistem imun dan juga penting dalam pembentukan protein.

Buah-buahan dan sayuran yang mengandungi unsur karatenoid (pigmen oren-merah) adalah seperti seperti labu, keledek, bayam, collard, tembikai, aprikot, ceri, mangga, limau gedang (merah jambu), jambu, betik dll. Namun buah-buahan dan sayuran hari ini tidak mengandungi khasiat yang optimum seperti di zaman datuk dan moyang kita dahulu. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam kini menggunakan pestisid, dipetik separuh masak, proses memetik dan membungkus serta penyimpanan yang salah boleh mengurangkan khasiat buah-buahan dan sayuran, cara masakan yang terlalu lama atau menggunakan haba yang tinggi akan menghilangkan separuh daripada khasiat yang terkandung pada sayuran dan buah-buahan.

Selain itu, beta-karotena juga mencegah sesetengah jenis kanser, penyakit jantung, katarak, dan umur degenerasi makula berkaitan (AMD), merawat AIDS, alkohol, penyakit Alzheimer, kemurungan, epilepsi, sakit kepala, pedih ulu hati, tekanan darah tinggi, kemandulan, penyakit Parkinson, artritis reumatoid, skizofrenia, dan gangguan kulit termasuk psoriasis dan vitiligo. Beta-karotena juga digunakan di kalangan wanita yang kekurangan zat makanan untuk mengurangkan peluang kematian dan buta malam semasa mengandung, serta cirit-birit dan demam selepas melahirkan anak, menghalang selaran matahari, mengurangkan penyakit yang diwarisi yang dipanggil erithropoietik protoporphiria (EPP).





KEISTIMEWAAN CARATOMAX SHAKLEE




Caratomax yang dirumus khas oleh Shaklee merupakan gabungan enam karotenoid terbaik iaitu alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena, zeaxanthin yang melengkapkan faedah karetenoid untuk keperluan manusia.

Caratomax yang sangat istimewa ini diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang turut berperanan sebagai antioksidan iaitu rumpai laut, Tomato bukan GMO, Biji anggur, Pot /marigold, Epal, Strawberi, Minyak Sawit, Fava D'anta, Brokoli, Cantaloupe, dan Carrot. Caratomax membekalkan lebih 13mg (21,500IU) karatenoid penting untuk keperluan tubuh terutama mata. 
Istimewanya, buah-buahan dan sayuran yang digunakan ditanam secara organik dari pemilihan biji benih hingga penuaian dan pemprosesan yang amat dijaga untuk memastikan khasiat buah-buahan dan sayuran tidak terjejas dan kekal semulajadi (tidak ditambah perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan)




MANFAAT CARATOMAX SHAKLEE

>  Lebih Selamat Dari Vitamin A
    Vitamin A ditemui pada tahun 1912 dan merupakan vitamin terawal yang ditemui oleh  
    saintis. Namun begitu, sekiranya diambil secara berlebihan akan menjadi toksik kepada 
    tubuh. Kemudian, hasil penyelidikan saintis mendapati pengambilan  beta-karotena
    yang merupakan alternatif penggantian vitamin A didapati lebih selamat kepada
    kesihatan manusia


>  Mempertingkatkan Penglihatan
    Menghasilkan 'visual ungu' yang mengekalkan tahap penglihatan yang bagus
    dalam persekitaran yang gelap. Carotamax membantu menyelesaikan masalah
    penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism,
    xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak(selaput mata),
    eye bags dan gegelung hitam di bawah mata.
    
>  Meredakan Penyakit Kulit
    Pengambilan yang konsisten dapat melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile
    plaque (nyanyuk), kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Penggunaan Carotomax
    pada bahagian luaran boleh merawat pustule (jerawat biasa), scabies(kegatalan
    pada kulit), dan ulser kulit.


>  Melindungi Epithelial
    Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus perut, paru-paru, bronkitis,
    pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.


>  Melawan Kanser dan Oksidasi
   Pengambilan secara konsisten dapat mengukuhkan sistem imun tubuh, melambatkan
   proses penuaan dan menyekat aktiviti penyebab kanser dan menghalang sel-sel
   kanser. Carotmax juga dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser
   paru-paru dan payudara. Carotomax juga dapat mengurangkan radikal bebas
   dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida dari tubuh.


>  Menghalang Infeksi
   Meransang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi
   penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma dan selesema.

>  Menggalakkan Perkembagan Tumbesaran Yang Normal dan Sihat
   Meransang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi
   rambut, kulit, membran mukosa, gigi dan gusi serta sistem reproduksi yang sihat.
   Caratomax juga membantu dalam penghasilan sperma yang sihat.




KELEBIHAN CARATOMAX - SUMBER KAROTENA YANG LENGKAP

Mengandungi fitokimia karotena semulajadi yang lengkap untuk keperluan mata, kulit, membran mukosa yang sihat dan untuk lain-lain keperluan tubuh.

**Alpha-Carotene  - Untuk penglihatan malam, kesihatan mata, menghalang degenerasi
                                      penglihatan.

**Beta-Carotene   -  Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka,
                                     Mempertingkatkan sistem imun, 
                                     Mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

**Lycopene         -  Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ.
                                  Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun
                                  Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.


**Astaxanthin      -  Shaklee menuai karatenoid astaxanthin dari mikroalga laut (sumber 
                                    protein yang tulen). Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

**Lutein             -   Menyekat katarak (selaput mata), AMD (age related macular disease/ 
                                 penyakit makular berkaitan umur), dan glaukoma.

**Zeaxanthin      -   Melindungi mata, Menuras cahaya gelombang biru pendek 
                                   berbahaya, Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial 
                                   dan serviks.





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Credit to: Atiqah Aziz


Hubungi saya, Emy di 017-736 7983 untuk sebarang tempahan dan konsultasi PERCUMA.

Friday, 1 March 2013

Rahsia Bawang Putih






KLASIFIKASI SAINTIFIK

Kingdom:
clade:
clade:
Order:
Family:
Subfamily:
Genus:
Species:
A. sativum


SEJARAH  PENGGUNAAN 

Bawang putih telah digunakan sebagai makanan dan ubatan 
dalam banyak kebudayaan sejak beribu-ribu tahun,  
sekurang-kurangnya semenjak piramid Giza telah dibina.  
Bawang putih masih dicucuk tanam di Mesir
tetapi jenis Syria lah yang paling digemari 
(lihat Rawlinson, Herodotus, 2,125).

Bawang putih ada disebut didalam Alkitab dan Talmud.  
Hippocrates, Galen, Penatua Pliny, dan Dioscorides menyebut 
penggunaan bawang putih untuk pelbagai keadaan
termasuk parasit, masalah pernafasan, pencernaan dan 
tenaga rendah.  

Penggunaan di China mula-mula disebut pada AD 510 
sebagai penahan sakit (palliative) dari haba matahari 
untuk pekerja ladang.



Bawang putih adalah amat jarang dalam masakan 
tradisional Inggeris (walaupun ia dikatakan telah  
berkembang di England sebelum 1548) dan telah 
menjadi satu ramuan kebiasaan di Mediterranean 
Timur Eropah. Orang Yunani kuno meletakkan 
bawang putih pada timbunan batu-batu di persimpangan,  
sebagai jamuan untuk Hecate  
(Theophrastus, Characters, The Superstitious Man).   

Amalan yang serupa menggantung bawang putih,
limau dan cili merah di pintu rumah atau di kedai  
untuk menangkis kejahatan, masih kuat diamalkan 
di India dan beberapa tempat.  

Menurut Pliny, orang Mesir menggunakan bawang 
putih dan bawang dalam acara mengambil sumpah
dengan meyeru kepada dewa.  
(Pliny juga menyatakan bawang putih mampu 
memadam kuasa besi berani (demagnetizesn lodestones,),  
tidak berdasarkan fakta.)  

 

PENGGUNAAN UBAT DAN FAEDAH KESIHATAN

Bawang putih mentah,
Nilai pemakanan bagi setiap 100 g (3.5 oz)

 Peratusan adalah relatif kepada AS cadangan untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database


Manfaat perubatan Bawang Putih

Terdapat pelbagai manfaat kesihatan daripada bawang putih.  
Penyelidikan sains moden keatas bawang putih telah 
membentuk kenyataan bahawa ia memiliki manafaat besar 
dari segi mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung.  

Sebagai contoh, satu kajian mendapati bahawa terdapat  
bahan kimia utama tertentu yang ditemui dalam bawang 
putih bagi menurunkan tekanan darah dan seterusnya 
menyediakan jantung, arteri dan vena ruang keselesaan

Flavonoid tertentu yang ditemui dalam bawang putih 
dapat membantu menguatkan dinding dan injap jantung  
dan seterusnya melindungi jantung daripada penyakit-penyakit  
dan membantunya melawan penyakit yang sedia ada.  

Bawang putih juga telah diketahui menghasilkan bahan kimia 
tertentu yang membantu menurunkan tahap kolesterol 
LDL dan membantu mencapai tahap kolesterol HDL  
yang tinggi, seterusnya membantu seseorang untuk 
mengurangkan kandungan kolesterol darah di dalam badan.

Bawang putih mampu menghambat proses penuaan 
tetapi bukan berarti ia sama sekali menghentikan 
proses penuaan atau memulihkan masa muda menurut 
Dr Yong xiang Zhang dari Universiti Tokyo, jepun.

Bawang putih juga mampu menghambat pertumbuhan
sel kanser sehingga risiko terkena kanser dapat dikurangi. 
Bawang putih juga mampu menurunkan kadar kolesterol 
bila diambil secara rutin menurut sukatan tertentu.

Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama 
ajoene menolong mencegah penggumpalan darah, 
menghalang pertumbuhan bakteria dan digunakan  
sebagai antibiotik semulajadi

Dr. Gilles Fillion dari Institute Pasteur di Perancis berpendapat, 
bawang putih dapat membantu meredakan kegelisahan, 
rasa kecemasan, dan tekanan perasaan secara kesan sampingan. 

Beliau menemui bahawa bawang putih membantu melepaskan
serotonin, sejenis bahan kimia yang terlibat dalam pengaturan 
serangkaian luas keadaan hati (perasaan) dan tingkah laku 
termasuk rasa kecemasan, murung, rasa sakit, agresif, 
stress, kurang tidur dan ingatan. Kadar serotonin yang 
tinggi dalam otak cenderung berfungsi sebagai ubat penenang 
yang menentramkan, memudahkan tidur, dan meringankan 
kemurungan. Bawang putih menolong menormalkan sistem serotonin tersebut.

Kesimpulannya:


Di Antara khasiat dan manafaat bawang putih ialah:

  1. Menghalang kemerosotan otak dan meningkatkan sistem kekebalan 
  1. Membantu melambatkan proses penuaan.
  2. Menghalang pertumbuhan sel kanser dan mengurangi risiko terkena kanser.
  3. Membantu menurunkan Kadar kolesterol sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu tertentu.
  4. Menolong mencegah penggumpalan darah melalui zat anti-kolesterol iaitu ajoene.
  5. Membantu meredakan tekanan, rasa cemas dan kemurungan.
  6. Mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin C, kalsium dan juga potasium.
  7. Mengandungi antioksidan, karotena dan selenium.
  8. Mengambil 2-3 ulas bawang putih sehari dapat menghindar dari penyakit jantung.
  9. Menyembuhkan tekanan darah tinggi.
  10. Meringankan tukak lambung.
  11. Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
  12. Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.
  13. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh.
  14. Sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari pelbagai penyakit.
  15. Membantu menambah nafsu makan.
  16. Menjaga stamina tubuh badan.
  17. Mengandungi khasiat antimikrob, antitrombotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan juga mempunyai antivitas sebagai antitumor.